Diceritakan
pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya
dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu
Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku
ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang
engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka
bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak
33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.
Wahai
saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada
puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka
marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada
kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fatimah
merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya.
Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan
sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu
yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk
berkhidmat dengan sukarela.
Tahukah
kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan
keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya
perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.
Dalam
wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa
dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan
dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi
mengharapkan pahala.
Telah
kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan
jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni
ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita
mendapat kebaikan dari berzikir itu.
Lihatlah
betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu,
kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk
menghadapi segala dugaan hidup.
Begitulah
wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang
disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu
berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang
puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus
menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan
rumahtangganya.
boleh diamalkan dalam kehidupan seharian...infomasi sgt berguna
ReplyDeleteamalkan lah selalu yee
Deletebagus pos ni...insyaAllah akan diamalkan selalu
ReplyDeletealhamdulillah...
Delete