Tuesday 31 January 2012

Jenis-jenis air dari segi hukum


* Air Mutlak  
Air yang suci lagi menyucikan yang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, menyucikannya najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain.  

* Air Musta'mal
Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.  Musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh air tebu , air kelapa.

*Air Muqaiyad
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi  Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci,  Contoh: bercampur sirap kopi dan sebagainya
  
*Air Musyammas  
Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas. 

*Air Mutanajjis  
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

Sunday 1 January 2012

AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA










Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah. 



Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat. 



Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela. 



Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak. 



Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala. 



Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.



Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.



Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.