Tuesday 31 January 2012

Jenis-jenis air dari segi hukum


* Air Mutlak  
Air yang suci lagi menyucikan yang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, menyucikannya najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain.  

* Air Musta'mal
Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.  Musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh air tebu , air kelapa.

*Air Muqaiyad
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi  Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci,  Contoh: bercampur sirap kopi dan sebagainya
  
*Air Musyammas  
Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas. 

*Air Mutanajjis  
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

Sunday 1 January 2012

AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA










Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah. 



Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat. 



Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela. 



Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak. 



Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala. 



Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.



Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.



Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.




Thursday 29 December 2011

Sifat mahmudah dan mazmumah





 








Mahmudah adalah sifat HATI yang Terpuji, daripadanya terpancar segala kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.

Mazmumah pula adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Diantara tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan sebagainya.

Manakala ingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-dua sifat tersebut adalah berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

10 SIFAT MAZMUMAH

1) Ghadab - marah
2) Hasad Dengki
3) Bakhil - kedekut
4) Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
5) Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
6) Hubb al-Jah - Gila Kuasa
7) Hubb al-Dunya - Gila Dunia
8) 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
9) Takabbur - Sombong
10) Riya' - menunjuk-nunjuk.

10 SIFAT MAHMUDAH

1) Taubat
2) Khauf - takut
3) Zikr al-Maut - Ingat Mati
4) Mahabbah - kasih sayang
5) Zuhud
6) Tawakkal
7) Ikhlas
8) Syukur
9) Redha
10) Sabar.






hayati video ni....




Wednesday 28 December 2011

10 PeSaN RaSulullAH S.A.W


                                         

Ada sepuluh pesan Rasulullah s.a.w yang mengajarkan kita carauntuk mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus ke dalam jurang kehinaan tanpa kita sedari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tersingkap dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ; 

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan peninggalan dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah". Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat". 

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun". Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)". 

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya solatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding solatku". 

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang lain". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan". 

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang ku zalimi adalah lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Tuesday 27 December 2011

MaRi mENgeNaLi JeNis-JeNiS nAjis & CaRa Nak SuCi KanNye...

Najis merupakan satu benda yang kotor yang menyebabkan tidak sah solat dan melakukan segala ibadah...
Ia terbahagi kepada tiga jenis najis iaitu najis yang paling ringan ialah Najis Mukhaffafah. Najis mukhaffafah adalah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari meminum susu ibunya sahaja.

Yang kedua pula ialah najis yang berat iaitu Najis Mughallazah. Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
  
Najis yang ketiga ialah najis sederhana iaitu Najis Mutawasitah. Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
* Setiap yang cecair yang memabukkan 
* Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
* Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
* Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.
Cara menyucikan najis pula ialah.......:

1.Najis Mukhaffafah
 
Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.
 
2.Najis Mughallazah
  
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali. Sekali darinya dengan air tanah, iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci dan 6 kali menggunakan air yang suci..

3.Najis Mutawasitah
 
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya). Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang. Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

Monday 12 December 2011

BagAimaNa Nak berWuduk..



                
Wuduk atau dalam bahasa biasanya, air sembahyang merupakan salah satu syarat sah solat.

Kebanyakan orang mengambil ringan perkara ini, kerana hanya mengutamakan perbuatan ketika solat, sedangkan syarat sah wuduk itu sendiri diketepikan.

Jika wuduk itu tidak sempurna, maka solat kita boleh dianggap tidak sah. Islam menekankan kepentingan berwuduk untuk menjaga kesucian solat itu sendiri, bukan sekadar perbuatan tanpa tujuan.

Anggota wajib wuduk hanyalah 4 iaitu :

1) muka

2) kedua tangan hingga ke siku

3) sebahagian kepala/rambut

4) kedua kaki hingga ke buku lali

Syaratnya cukup senang, dimulakan dengan niat berwuduk. dan seterusnya mestilah meratakan air wuduk ke seluruh anggota wajib wuduk, tetapi itu pun selalu diambil ringan dan lalai.

Orang selalu kata, yakin itu perlu dalam mengambil wuduk, tetapi jika keyakinan tidak disertakan cara yang betul, adakah ia sah? Itulah pentingnya ilmu.

Jom ToNtOn AniMAsi Cara BerWuduK iNI....