Tuesday 27 December 2011

MaRi mENgeNaLi JeNis-JeNiS nAjis & CaRa Nak SuCi KanNye...

Najis merupakan satu benda yang kotor yang menyebabkan tidak sah solat dan melakukan segala ibadah...
Ia terbahagi kepada tiga jenis najis iaitu najis yang paling ringan ialah Najis Mukhaffafah. Najis mukhaffafah adalah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari meminum susu ibunya sahaja.

Yang kedua pula ialah najis yang berat iaitu Najis Mughallazah. Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
  
Najis yang ketiga ialah najis sederhana iaitu Najis Mutawasitah. Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
* Setiap yang cecair yang memabukkan 
* Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
* Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
* Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.
Cara menyucikan najis pula ialah.......:

1.Najis Mukhaffafah
 
Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.
 
2.Najis Mughallazah
  
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali. Sekali darinya dengan air tanah, iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci dan 6 kali menggunakan air yang suci..

3.Najis Mutawasitah
 
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya). Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang. Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

6 comments:

  1. perlu di terangkan kepada pelajar dgn lebih mendalam tentang tajuk ni...sbb ia adalah suatu benda yg penting utk dikambil tahu..:)

    ReplyDelete
  2. maknenye...selain dr air kencing kanak-kanak lelaki bwh 2thn n anjing n babi tu najis mutawassitah ye...kalo arak najis pe??

    ReplyDelete
  3. yup...arak tu najis sederhana la...mutawassitah...

    ReplyDelete
  4. nape arak tu najis mutawassitah...arak kan haram di minum...

    ReplyDelete
  5. hanya anjing n babi serta keturunannya dan segala yang keluar darinye najis yang paling berat...arak haram di minum sbb memabukkan...

    ReplyDelete