Monday 12 December 2011

BagAimaNa Nak berWuduk..



                
Wuduk atau dalam bahasa biasanya, air sembahyang merupakan salah satu syarat sah solat.

Kebanyakan orang mengambil ringan perkara ini, kerana hanya mengutamakan perbuatan ketika solat, sedangkan syarat sah wuduk itu sendiri diketepikan.

Jika wuduk itu tidak sempurna, maka solat kita boleh dianggap tidak sah. Islam menekankan kepentingan berwuduk untuk menjaga kesucian solat itu sendiri, bukan sekadar perbuatan tanpa tujuan.

Anggota wajib wuduk hanyalah 4 iaitu :

1) muka

2) kedua tangan hingga ke siku

3) sebahagian kepala/rambut

4) kedua kaki hingga ke buku lali

Syaratnya cukup senang, dimulakan dengan niat berwuduk. dan seterusnya mestilah meratakan air wuduk ke seluruh anggota wajib wuduk, tetapi itu pun selalu diambil ringan dan lalai.

Orang selalu kata, yakin itu perlu dalam mengambil wuduk, tetapi jika keyakinan tidak disertakan cara yang betul, adakah ia sah? Itulah pentingnya ilmu.

Jom ToNtOn AniMAsi Cara BerWuduK iNI....

2 comments:

  1. nak tau mane satu niat dan mane satu lafaznye...ngee..;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lafaz yang dalam bahasa arab tu la...dan niat plak yang dalam bahsa melayu...ataupun erti nye...bace dalam hati...itu yang penting...

      Delete